Saturday, June 22, 2013

bertamu di sao tome didalam anno1777.com

Assalam.

kepada kawan-kawan sekalian.
rasa dah lama pulak tak tulis blog nih.
nak cerita yg saya dah ambil alih pulau yg
bernama sao tome. so sesapa nak dapat duit
sila daftar kat sinih http://www.anno1777.com/index.php?i=238
untuk menjadi rakyat sao tome.
terus jelah daftar pastuh terus pm haysaka untuk tahu
camana cara nak main.

Gaji yg aku bagi paling rendah pun 0.40 std kira ok jugaklah dari
pulau lain sebab kalau dgn gaji nih boleh dapat barang murah.

Sao tome guna matawang STD.

Barang pulak camnih:-

Food = 1.55 std

Wine = 1.60 std (minum takkan mabuk cuma tambah wellness)

Baju = 14 std

Rumah sewa = 1 std

boleh bukak company.

dan lelain lg.

jadi kalau tak paham setelah daftar sila pm aku ok thanks.

Yang Benar
Haysaka Hellas
Sao Tome Owner.

Sunday, April 8, 2012

Video camana nak buka akaun dan nak topup di anno1777

Assalam.

ini video yg agak lama dah saya buat jadi sila tgk lah yeah huhu.





terima kasih.

Setahun Pengalaman aku di Anno177

Assalam.

Maaf lama tak nulis kat blog nih huhu. bukan aper banyak benda nak buat, nak betulkan hala tuju hidup nih huhu.

jadi seperti tajuk kat atas aku dah ader 1 tahun pengalaman bermain anno nih, tapi masih boleh dikatakan banyak benda boleh di pelajari lagi huhu.

memula main anno nih kena mulakan dgn keje dulu. pastikan jgn tinggal keje pasal piont hari bekerja akan mengubah nilai gaji anda huhu.

lepas keje adalah lebih baik anda cuba cari slave yg boleh bawak untung lebih2 lagi yg suka beli euro sebab anda akan dapat percent dari pembelian dia huhu.

jadi kepada yg nak tanya atau aper ker sila buat kat sinih ok nanti saya kan bagi tutorial bergambar atau video kalau saya senang huhu.

saya pun nak jual jugak ilmu saya nih huhu bila cukup saya jual tapi buat masa nih saya bagi free mana yg anda tanya ok trimas.

P/S: Jgn lupa daftar pakai link saya yeah huhu.

Wednesday, March 23, 2011

Malaysia sudah kembali stabil. (in Anno)

Petikan Daripada:
Published by thelegend77 at 23, Mar, 2011 in LegendaryNews magazine

Bacalah dan ketahui hal yang berlaku di samping dapat wellness 0.5. Baca baca.

Warga anno sekalian,

Kini, negara Malaysia sudah kembali kaya. Bonus dah dapat diterima di samping meyakinkan rakyat Malaysia untuk bermain anno.

Bukalah company di Malaysia, terutamanya company yang memproses bahan mentah. Apabila wujudnya persaingan barulah syarikat-syarikat tidak akan menindas rakyat.

Belilah juga barang buatan syarikat Malaysia. Pulaukan lah syarikat lain supaya syarikat Malaysialah yang akan berkembang.

Dalam pilihan raya yang akan tiba juga, saya cadangkan bahawa

Bonus direct slave diturunkan kepada MYR1.50/MYR1.00
Bonus permanent slave diturunkan kepada MYR1.00
Bonus complete profil diturunkan kepada MYR 40
Bonus fight tidak berubah,
Bonus worker kerajaan ditingkatkan kepada MYR10.
supaya ramai yang akan bertanding untuk menjadi gabenor.

Sila komen dan vote.

Sunday, March 20, 2011

Idea yang bakal dilaksanakan pada bulan April (in Anno)

Petikan Daripada:
Published by chibobski84 at 20, Mar, 2011 in Buta-Huruf magazine

Bacalah artikel ini kerana ianya melibatkan semua penduduk Anno Malaysia

Beberapa idea pada bulan April

bekerjasama - bermaksud sorang perlu menjadi ketua kepada setiap perkara bagi mencurahkan idea dan mencari perkara yang boleh diperbaiki di dalam satu bidang.

Kita mantapkan negara dulu, dari segi tax, player dan produk.

then kita kena set setiap bulan target negara dari segi: ekonomi / perang
Contoh - perang -
kita ambil contoh bulan april dan may, [sebab mac dah hancus],
Presiden dan Gabenor vote untuk perang [vote kat forum anno]
Kita nak berperang bulan april [tapi takder weapons] -

cara paling cepat :
beli di ROM atau ALLY [cuba elakkan - jika menggunakan duit bonus kerajaan sebab duit keluar dari GOV. Gunakan EURO anda[deposit].

Cara lambat tapi good for long-term:
Pada bulan Mac - Kita cari siapa yang nak buka sykt senjata dan sykt armor
Pada bulan April - Kita produce barang2 ini.
Pada bulan May - Kita boleh mulakan war.


Untuk Newbies:

Dengan adanya reseller nanti [harap2 cepat ler siap]:

Lebih senang kita nak dapatkan EURO, sebab payment method dah boleh melalui apa apa sahaja mengikut kehendak reseller. So, M2U pon dah boleh.

Seperti Gabenor Bank cadangkan: RM5.00 = 1 Euro [CADANGAN SAHAJA, Belum Final]

1] Pasal jual mata wang MYR, semua orang sudah boleh menjual sebab dah ada bantuan bank. Semua orang dah boleh transfer duit. So, pepandai ar kira Kalo nak berapa MYR = dengan RM real world

2] Loans - Bulan april Kadar loan akan dinaikkan sebaik sahaja Bank ada sedikit duit. Memudahkan Player baru meminjam duit.

3] GALAKKAN mereka join FORUM ANNO MALAYSIA.- mudah untuk mencari buyer dan supplier.

4] Gabenor bank takleh buka akaun di bank sendiri - so aku cadangkan kita semua yang akan jadi RESELLER duit MYR kepada newbies. aku tak nak 5 org terpilih, tak fair pada semua orang. Gabenor Bank akan dapat % melalui transfer ikut bank Anno.

5] Setiap bulan kita adakan -

a] [b]Hari Jualan Murah - Perlu mengikut syarat.
Syarat2. [1 hari sahaja - 24 jam][/b]
1]Pastikan added value hanya pada 10 - 25 % sahaja
2]Inventori yg dijual pada satu masa tidak melebihi 15item.
- mengelakkan daripada orang luar rampas item kita ATAU
kita boleh invite diorang join hari jualan murah dgn bersyarat lar.

3]Setelah habis 15 item, anda boleh jual lagi 15 item yg sama berulang kali.
- menggalakkan orang membeli.

b] Currency exchange day [dari 1.25 kpd 1.00]
1] Kadar waktu 24 Jam sahaja
- 24 jam waktu pembukaan, 24 jam waktu penutupan.
contoh - Isnin 8.00 pagi propose tukar kpd 1.00
- Selasa 8.00 pagi telah ditukar kepada 1.00 [dibuka]
- Selasa 8.01 pagi propose tukar kpd 1.25
- Rabu 8.01 pagi telah ditukar kpd 1.25 [ditutup]
So pada waktu 8.01 pagi selasa sehingga 8.01 rabu adalah transfer window murah.

Untuk mengikuti lagi perkembangan baru,

sila layari http://annomalaysia.lefora.com

Thursday, March 17, 2011

The Daily : Bank Negara Malaysia (in Anno)

Petikan Daripada:
Published by sorsurus at 11, Mar, 2011 in Book Store Inc magazine

Bagaimana anda boleh menjadikan bank sebagai satu kemudahan untuk semua.

Sedarkah anda bahawa Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan di negara ini? Ya! sebuah bank telah diwujudkan di Malaysia dengan nama Anno Bank Negara Malaysia. Bank ini merupakan yang pertama di dalam negara kita dan dimiliki sepenuhnya oleh Abduljul.

pemiliknya tidak penting sebenarnya tapi yang lebih penting adalah apakah yang boleh dinikmati oleh sekalian rakyat melalui pengwujudan bank ini. Jom kita nilaikan bersama.

Sebelum itu, soalan pertama untuk anda. Anda sudah buka akaun di Anno Bank Negara Malaysia ini? Sudah? Bagus! Belum? Cepat daftarkan akaun anda dengan semudah A B C. Begini caranya,

pergi dekat search dan taipkan bank negara

nanti akan keluar carian dekat situ, klik pada kampeni, klik pada nama anno bank negara malaysia kemudian dah buka page pasal bank tu, klik open current account myr

dah siap! anda sudah ada akaun.

untuk check status akaun anda, klik pada financial report & accountant at atas tu. klik pada financial asset. pastu klik pada accounts

taraaaaa! dah ada akaun bank kita di situ. boleh deposit, boleh withdraw, boleh transfer

Okeh, artikel ni bukan nak fokus pasal cara membuka akaun tetapi nak menerangkan apakah kelebihan utama mempunyai bank dalam sesebuah negara.

Yang pertama, pastilah kita boleh menyimpan wang dan menambah nilai wang itu melalui interest daily. Tapi, dengan hanya bergantung kepada interest sahaja, sudah pasti ia tidak akan mencukupi. Nilai yang bertambah adalah sedikit berbanding tempoh masa yang diberikan untuk deposit tersebut matang. Walaubagaimanapun, ia tetap merupakan satu kelebihan kepada rakyat untuk menambah nilai wang myr.gold mereka.

Yang Kedua, wang di dalam bank kita juga boleh dipindahkan kepada rakyat yang lain melalui kaedah money transfer melalui bank Anno Negara Malaysia. Caranya, kedua2 pihak perlu mempunyai akaun bank dan A boleh memindahkan sejumlah wang kepada B melalui bank ini.

Jadi, apa yang penting sangatnya boleh pindahkan wang ni?

Hoho. anda pemain baru? atau anda pemain yang hanya ada 10% wellness? anda pemain yang hanya dapat gaji rm1 setiap hari? anda cuma ada seorang dua slave? anda seorang yang bergantung pendapatan semata mata melalui bonus? atau anda seorang pemain yang merasakan untuk topap 10euro adalah sangat mahal dan membebankan?

Jika anda tergolong di dalam kumpulan itu, bank merupakan kemudahan yang boleh membantu anda. Saya beri contoh begini, [rate sebenar perlu diambil kira]

jika A mempunyai sejumlah wang di bank Anno, anda cuma maklumkan kepada dia bahawa anda memerlukan sedikit wang.

Dengan kadar semasa [dunia sebenar] 1euro bersamaan rm4, di dalam permainan anno, 1euro bersamaan rm270.

maka, anda berikan rm4 ringgit sebenar kepada A, dan A akan memindahkan 270myr [anno] ke dalam akaun bank anno anda.

dengan rm4 [real], anda sudah mempunyai sangat banyak wang di dunia anno. dengan wang tersebut, anda boleh keluarkan dan berbelanja bagi meningkatkan wellness anda.

Kenapa wellness? sebab wellness adalah penentuan kepada sebarang perkara di dalam dunia anno ini. wang boleh dijana lbih banyak melalui wellness yang tinggi.

Oh, Ini hanya cadangan bagi memudahkan pemain2 mendapat wang yang lebih di dalam dunia anno. Lagipun, selama ini kita terfikir bahawa untuk menggunakan alertpay, credit card, prepaid adalah begitu sukar. Jadi dengan pemindahan wang melalui bank anno, kita semua boleh menjalani kehidupan yang lebih mudah di dalam permainan ini.

Fikirkan, jika sebelum ini minimum topap adalah 10euro bersamaan rm40 [dunia real], kita, untuk aktif di dalam anno, anda cuma perlukan rm4 sahaja. mudah kan?

artikel ini tidak ditaja oleh sesiapa hatta oleh Bank Negara Malaysia. Ia pandangan penulis semata-mata.

Oh, yang terakhir, artikel ini dibuka untuk dibahaskan dan rajin-rajinkan lah vote artikel ini untuk meningkatkan valuenya.

harga pun dah turun jadi rm0.40. ok lah tu kan?

The Daily : Terengganu, Johor dan P.Pinang

Petikan daripada:
Published by sorsurus at 17, Mar, 2011 in Book Store Inc magazine

Negeri-negeri ini kmbali disatukan di bawah panji negara. Satu melalui medan perang dan dua melalui kebijaksanaan dan kemampuan ekonomi rakyat. Apa sumbangan anda selepas ini?

Kepada pemain-pemain baru, mungkin anda pelik, kenapa perlu dikhususkan kepada 3 negeri ini? Apa yang best sangat dengan Johor Bahru, Kuala Terengganu dan George Town. Andai anda mempunyai pemikiran sedemikian, ketahuilah sebenarnya anda baru sahaja terlepas hari-hari paling mencabar [setakat ini] di negara Malaysia anno ini.

Fuh! ayat macam gempak aje.

Ok, kita fokuskan pada artikel ni. Ramai yang sedia maklum, 3 negeri ni dah kembali semula ke pangkuan kita. Tapi, satu soalan yang perlu ditanyakan kepada diri anda sendiri, Selepas ini apa?

Jadi, sebagai membantu untuk membangunkan semula tanah air, artikel ini akan menerangkan apakah yang boleh kita semua sama-sama lakukan untuk memajukan ekonomi Malaysia dan seterusnya memajukan diri sendiri.

Yang pertama, saya fokuskan dahulu kepada para syarikat tempatan. Saya tahu, ramai di antara kita yang pernah mempunyai cawangan di 3 bandar ini. Maka, sudah sampai masanya untuk cawangan-cawangan ini diaktifkan semula dengan peluang kerja. Melalui peluang kerja yang ditawarkan, pemain-pemain baru dan juga pemain lama boleh memilih untuk berada di 3 bandar yang baru ini untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Persaingan yang terlalu ketat di Kuala Lumpur sudah boleh dilonggarkan setelah kembalinya ketiga-tiga negeri ini. Maka, kepada semua kampeni yang mempunyai cawangan di bandar ini, aktifkan semula cawangan anda untuk kemajuan kita bersama. Beri peluang kerja yang lebih baik dengan raw material yang semakin banyak. ayuh!

aish...belum habis lagi artikel ni. kita pergi ke point kedua pula.

Yang kedua, khusus untuk rakyat jelata. Mungkin anda sudah berasa selesa berada di Kuala Lumpur. Tapi, dengan sedikit bantuan dan kebijaksanaan anda, anda boleh mendapat lebih peluang kerja dan gaji sekiranya anda berada di tiga negeri ini. Sebelum pulang semula ke negeri2 ini, cuba berbincang dengan kampei yang mempunyai cawangan di negeri Johor, Penang dan Terengganu ini untuk membuk peluang kerja di sana. Apa kelebihannya? Kelebihannya, anda mudah untuk mendapatkan kerja dan dalam masa yang sama, anda membantu memajukan negeri itu. Lebih ramai pemain berada di tiga negeri ini, lebih banyak syarikat yang boleh dibuka. Hasilnya, negara terus maju.

Barangkali, anda berfikir bahawa, alah, jauh2 jalan, pastu takde banyak bende dekat sana. Camne nak maju? Ya! pemikiran sebegini lah yang sebenarnya telah menyebabkan Kuala Lumpur menjadi terlalu padat dan menyukarkan pembangunan di kawasan lain. Dengan kata lain, pemain-pemain hanya bertumpu di satu tempat dan menyebabkan kampeni lebih selesa memberi tawarn gaji yang rendah kerana, ala, orang ramai. bagi gaji rendah pun, mesti dierang ambik jugak.

Jadi, lebarkan kawasan kita. dan kita akan menikmati negara dan kemajuan yang lebih subur.

Seterusnya, point yang ketiga.

Setelah kita mendapat semula 3 negeri ini, tidak mustahil, suatu hari nanti, ia akan diserang kembali. kerana apa? Saya katakan begini kerana telah terdapat rakyat rom yang telah membka cawangan dan kampeni di negeri ini. maka, sudah pasti, mereka akan cuba merampas semula untuk mengambil kembali syarikat dan cawangan yang telah dibina.

Maka, apa tanggungjawab kita? Sekarang ini,yang penting adalah kita memajukan ekonomi dan diri kita. Lengkapka diri kita dengan kemewahan yang mencukupi. Lengkapkan diri kita dengan peralatan perang [weapon dan armour] yang mencukupi. Lengkapkan pengetahuan kita tentang semua perkara tentang anno. Lebih-lebih lagi taktik peperangan. dan kita akan bersedia untuk mempertahankan tanah air kita!

ya! begitu bersemangat sekali. terima kasih!