Wednesday, March 23, 2011

Malaysia sudah kembali stabil. (in Anno)

Petikan Daripada:
Published by thelegend77 at 23, Mar, 2011 in LegendaryNews magazine

Bacalah dan ketahui hal yang berlaku di samping dapat wellness 0.5. Baca baca.

Warga anno sekalian,

Kini, negara Malaysia sudah kembali kaya. Bonus dah dapat diterima di samping meyakinkan rakyat Malaysia untuk bermain anno.

Bukalah company di Malaysia, terutamanya company yang memproses bahan mentah. Apabila wujudnya persaingan barulah syarikat-syarikat tidak akan menindas rakyat.

Belilah juga barang buatan syarikat Malaysia. Pulaukan lah syarikat lain supaya syarikat Malaysialah yang akan berkembang.

Dalam pilihan raya yang akan tiba juga, saya cadangkan bahawa

Bonus direct slave diturunkan kepada MYR1.50/MYR1.00
Bonus permanent slave diturunkan kepada MYR1.00
Bonus complete profil diturunkan kepada MYR 40
Bonus fight tidak berubah,
Bonus worker kerajaan ditingkatkan kepada MYR10.
supaya ramai yang akan bertanding untuk menjadi gabenor.

Sila komen dan vote.

Sunday, March 20, 2011

Idea yang bakal dilaksanakan pada bulan April (in Anno)

Petikan Daripada:
Published by chibobski84 at 20, Mar, 2011 in Buta-Huruf magazine

Bacalah artikel ini kerana ianya melibatkan semua penduduk Anno Malaysia

Beberapa idea pada bulan April

bekerjasama - bermaksud sorang perlu menjadi ketua kepada setiap perkara bagi mencurahkan idea dan mencari perkara yang boleh diperbaiki di dalam satu bidang.

Kita mantapkan negara dulu, dari segi tax, player dan produk.

then kita kena set setiap bulan target negara dari segi: ekonomi / perang
Contoh - perang -
kita ambil contoh bulan april dan may, [sebab mac dah hancus],
Presiden dan Gabenor vote untuk perang [vote kat forum anno]
Kita nak berperang bulan april [tapi takder weapons] -

cara paling cepat :
beli di ROM atau ALLY [cuba elakkan - jika menggunakan duit bonus kerajaan sebab duit keluar dari GOV. Gunakan EURO anda[deposit].

Cara lambat tapi good for long-term:
Pada bulan Mac - Kita cari siapa yang nak buka sykt senjata dan sykt armor
Pada bulan April - Kita produce barang2 ini.
Pada bulan May - Kita boleh mulakan war.


Untuk Newbies:

Dengan adanya reseller nanti [harap2 cepat ler siap]:

Lebih senang kita nak dapatkan EURO, sebab payment method dah boleh melalui apa apa sahaja mengikut kehendak reseller. So, M2U pon dah boleh.

Seperti Gabenor Bank cadangkan: RM5.00 = 1 Euro [CADANGAN SAHAJA, Belum Final]

1] Pasal jual mata wang MYR, semua orang sudah boleh menjual sebab dah ada bantuan bank. Semua orang dah boleh transfer duit. So, pepandai ar kira Kalo nak berapa MYR = dengan RM real world

2] Loans - Bulan april Kadar loan akan dinaikkan sebaik sahaja Bank ada sedikit duit. Memudahkan Player baru meminjam duit.

3] GALAKKAN mereka join FORUM ANNO MALAYSIA.- mudah untuk mencari buyer dan supplier.

4] Gabenor bank takleh buka akaun di bank sendiri - so aku cadangkan kita semua yang akan jadi RESELLER duit MYR kepada newbies. aku tak nak 5 org terpilih, tak fair pada semua orang. Gabenor Bank akan dapat % melalui transfer ikut bank Anno.

5] Setiap bulan kita adakan -

a] [b]Hari Jualan Murah - Perlu mengikut syarat.
Syarat2. [1 hari sahaja - 24 jam][/b]
1]Pastikan added value hanya pada 10 - 25 % sahaja
2]Inventori yg dijual pada satu masa tidak melebihi 15item.
- mengelakkan daripada orang luar rampas item kita ATAU
kita boleh invite diorang join hari jualan murah dgn bersyarat lar.

3]Setelah habis 15 item, anda boleh jual lagi 15 item yg sama berulang kali.
- menggalakkan orang membeli.

b] Currency exchange day [dari 1.25 kpd 1.00]
1] Kadar waktu 24 Jam sahaja
- 24 jam waktu pembukaan, 24 jam waktu penutupan.
contoh - Isnin 8.00 pagi propose tukar kpd 1.00
- Selasa 8.00 pagi telah ditukar kepada 1.00 [dibuka]
- Selasa 8.01 pagi propose tukar kpd 1.25
- Rabu 8.01 pagi telah ditukar kpd 1.25 [ditutup]
So pada waktu 8.01 pagi selasa sehingga 8.01 rabu adalah transfer window murah.

Untuk mengikuti lagi perkembangan baru,

sila layari http://annomalaysia.lefora.com

Thursday, March 17, 2011

The Daily : Bank Negara Malaysia (in Anno)

Petikan Daripada:
Published by sorsurus at 11, Mar, 2011 in Book Store Inc magazine

Bagaimana anda boleh menjadikan bank sebagai satu kemudahan untuk semua.

Sedarkah anda bahawa Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan di negara ini? Ya! sebuah bank telah diwujudkan di Malaysia dengan nama Anno Bank Negara Malaysia. Bank ini merupakan yang pertama di dalam negara kita dan dimiliki sepenuhnya oleh Abduljul.

pemiliknya tidak penting sebenarnya tapi yang lebih penting adalah apakah yang boleh dinikmati oleh sekalian rakyat melalui pengwujudan bank ini. Jom kita nilaikan bersama.

Sebelum itu, soalan pertama untuk anda. Anda sudah buka akaun di Anno Bank Negara Malaysia ini? Sudah? Bagus! Belum? Cepat daftarkan akaun anda dengan semudah A B C. Begini caranya,

pergi dekat search dan taipkan bank negara

nanti akan keluar carian dekat situ, klik pada kampeni, klik pada nama anno bank negara malaysia kemudian dah buka page pasal bank tu, klik open current account myr

dah siap! anda sudah ada akaun.

untuk check status akaun anda, klik pada financial report & accountant at atas tu. klik pada financial asset. pastu klik pada accounts

taraaaaa! dah ada akaun bank kita di situ. boleh deposit, boleh withdraw, boleh transfer

Okeh, artikel ni bukan nak fokus pasal cara membuka akaun tetapi nak menerangkan apakah kelebihan utama mempunyai bank dalam sesebuah negara.

Yang pertama, pastilah kita boleh menyimpan wang dan menambah nilai wang itu melalui interest daily. Tapi, dengan hanya bergantung kepada interest sahaja, sudah pasti ia tidak akan mencukupi. Nilai yang bertambah adalah sedikit berbanding tempoh masa yang diberikan untuk deposit tersebut matang. Walaubagaimanapun, ia tetap merupakan satu kelebihan kepada rakyat untuk menambah nilai wang myr.gold mereka.

Yang Kedua, wang di dalam bank kita juga boleh dipindahkan kepada rakyat yang lain melalui kaedah money transfer melalui bank Anno Negara Malaysia. Caranya, kedua2 pihak perlu mempunyai akaun bank dan A boleh memindahkan sejumlah wang kepada B melalui bank ini.

Jadi, apa yang penting sangatnya boleh pindahkan wang ni?

Hoho. anda pemain baru? atau anda pemain yang hanya ada 10% wellness? anda pemain yang hanya dapat gaji rm1 setiap hari? anda cuma ada seorang dua slave? anda seorang yang bergantung pendapatan semata mata melalui bonus? atau anda seorang pemain yang merasakan untuk topap 10euro adalah sangat mahal dan membebankan?

Jika anda tergolong di dalam kumpulan itu, bank merupakan kemudahan yang boleh membantu anda. Saya beri contoh begini, [rate sebenar perlu diambil kira]

jika A mempunyai sejumlah wang di bank Anno, anda cuma maklumkan kepada dia bahawa anda memerlukan sedikit wang.

Dengan kadar semasa [dunia sebenar] 1euro bersamaan rm4, di dalam permainan anno, 1euro bersamaan rm270.

maka, anda berikan rm4 ringgit sebenar kepada A, dan A akan memindahkan 270myr [anno] ke dalam akaun bank anno anda.

dengan rm4 [real], anda sudah mempunyai sangat banyak wang di dunia anno. dengan wang tersebut, anda boleh keluarkan dan berbelanja bagi meningkatkan wellness anda.

Kenapa wellness? sebab wellness adalah penentuan kepada sebarang perkara di dalam dunia anno ini. wang boleh dijana lbih banyak melalui wellness yang tinggi.

Oh, Ini hanya cadangan bagi memudahkan pemain2 mendapat wang yang lebih di dalam dunia anno. Lagipun, selama ini kita terfikir bahawa untuk menggunakan alertpay, credit card, prepaid adalah begitu sukar. Jadi dengan pemindahan wang melalui bank anno, kita semua boleh menjalani kehidupan yang lebih mudah di dalam permainan ini.

Fikirkan, jika sebelum ini minimum topap adalah 10euro bersamaan rm40 [dunia real], kita, untuk aktif di dalam anno, anda cuma perlukan rm4 sahaja. mudah kan?

artikel ini tidak ditaja oleh sesiapa hatta oleh Bank Negara Malaysia. Ia pandangan penulis semata-mata.

Oh, yang terakhir, artikel ini dibuka untuk dibahaskan dan rajin-rajinkan lah vote artikel ini untuk meningkatkan valuenya.

harga pun dah turun jadi rm0.40. ok lah tu kan?

The Daily : Terengganu, Johor dan P.Pinang

Petikan daripada:
Published by sorsurus at 17, Mar, 2011 in Book Store Inc magazine

Negeri-negeri ini kmbali disatukan di bawah panji negara. Satu melalui medan perang dan dua melalui kebijaksanaan dan kemampuan ekonomi rakyat. Apa sumbangan anda selepas ini?

Kepada pemain-pemain baru, mungkin anda pelik, kenapa perlu dikhususkan kepada 3 negeri ini? Apa yang best sangat dengan Johor Bahru, Kuala Terengganu dan George Town. Andai anda mempunyai pemikiran sedemikian, ketahuilah sebenarnya anda baru sahaja terlepas hari-hari paling mencabar [setakat ini] di negara Malaysia anno ini.

Fuh! ayat macam gempak aje.

Ok, kita fokuskan pada artikel ni. Ramai yang sedia maklum, 3 negeri ni dah kembali semula ke pangkuan kita. Tapi, satu soalan yang perlu ditanyakan kepada diri anda sendiri, Selepas ini apa?

Jadi, sebagai membantu untuk membangunkan semula tanah air, artikel ini akan menerangkan apakah yang boleh kita semua sama-sama lakukan untuk memajukan ekonomi Malaysia dan seterusnya memajukan diri sendiri.

Yang pertama, saya fokuskan dahulu kepada para syarikat tempatan. Saya tahu, ramai di antara kita yang pernah mempunyai cawangan di 3 bandar ini. Maka, sudah sampai masanya untuk cawangan-cawangan ini diaktifkan semula dengan peluang kerja. Melalui peluang kerja yang ditawarkan, pemain-pemain baru dan juga pemain lama boleh memilih untuk berada di 3 bandar yang baru ini untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Persaingan yang terlalu ketat di Kuala Lumpur sudah boleh dilonggarkan setelah kembalinya ketiga-tiga negeri ini. Maka, kepada semua kampeni yang mempunyai cawangan di bandar ini, aktifkan semula cawangan anda untuk kemajuan kita bersama. Beri peluang kerja yang lebih baik dengan raw material yang semakin banyak. ayuh!

aish...belum habis lagi artikel ni. kita pergi ke point kedua pula.

Yang kedua, khusus untuk rakyat jelata. Mungkin anda sudah berasa selesa berada di Kuala Lumpur. Tapi, dengan sedikit bantuan dan kebijaksanaan anda, anda boleh mendapat lebih peluang kerja dan gaji sekiranya anda berada di tiga negeri ini. Sebelum pulang semula ke negeri2 ini, cuba berbincang dengan kampei yang mempunyai cawangan di negeri Johor, Penang dan Terengganu ini untuk membuk peluang kerja di sana. Apa kelebihannya? Kelebihannya, anda mudah untuk mendapatkan kerja dan dalam masa yang sama, anda membantu memajukan negeri itu. Lebih ramai pemain berada di tiga negeri ini, lebih banyak syarikat yang boleh dibuka. Hasilnya, negara terus maju.

Barangkali, anda berfikir bahawa, alah, jauh2 jalan, pastu takde banyak bende dekat sana. Camne nak maju? Ya! pemikiran sebegini lah yang sebenarnya telah menyebabkan Kuala Lumpur menjadi terlalu padat dan menyukarkan pembangunan di kawasan lain. Dengan kata lain, pemain-pemain hanya bertumpu di satu tempat dan menyebabkan kampeni lebih selesa memberi tawarn gaji yang rendah kerana, ala, orang ramai. bagi gaji rendah pun, mesti dierang ambik jugak.

Jadi, lebarkan kawasan kita. dan kita akan menikmati negara dan kemajuan yang lebih subur.

Seterusnya, point yang ketiga.

Setelah kita mendapat semula 3 negeri ini, tidak mustahil, suatu hari nanti, ia akan diserang kembali. kerana apa? Saya katakan begini kerana telah terdapat rakyat rom yang telah membka cawangan dan kampeni di negeri ini. maka, sudah pasti, mereka akan cuba merampas semula untuk mengambil kembali syarikat dan cawangan yang telah dibina.

Maka, apa tanggungjawab kita? Sekarang ini,yang penting adalah kita memajukan ekonomi dan diri kita. Lengkapka diri kita dengan kemewahan yang mencukupi. Lengkapkan diri kita dengan peralatan perang [weapon dan armour] yang mencukupi. Lengkapkan pengetahuan kita tentang semua perkara tentang anno. Lebih-lebih lagi taktik peperangan. dan kita akan bersedia untuk mempertahankan tanah air kita!

ya! begitu bersemangat sekali. terima kasih!

Wednesday, March 16, 2011

The Daily : Malaysia Muflis? Jom tolong! (in Anno)

Petikan daripada:
Published by sorsurus at 16, Mar, 2011 in Book Store Inc magazine

Peranan setiap pemain anno adalah penting bagi memakmurkan ekonomi negara Malaysia. tapi, apa yang boleh anda buat?

Sekarang ni, heboh dengan amaran duit kerajaan yang semakin menyempit dan bonus yang terkawal. Kalau sebelum ni, setiap hari rakyat kita tidak merasa gusar kerana ada jaminan untuk menerima pendapatan melalui bonus. Tapi, hari ini, baru separuh bulan, kita sudah diberikan amaran tentang duit kerajaan yang menyusut. Oh, tidak!

Apa yang kita boleh buat adalah dengan mengkritik presiden semasa dan mengeluh dengan kekurangan yang ada. Tapi, sedarkan bahawa anda semua sebenarnya boleh membantu menstabilkan semula ekonomi negara. Tapi, cara yang akan saya bentangkan bukanlah tindakan sekelip mata tetapi rancangan jangka masa panjang. yang saya kira, jika di dunia sebenar, kita ada Rancangan Malaysia, di dunia Anno juga, saya mencadangkan kita mewujudkan plan yang serupa. saya cadangkan, kita berikan namanya Inisitif Malaysia. siapa sokong? hahaha...malunyer, takde orang angkat tangan.

Ok, teruskan kepada Inisiatif pertama.

kesatu : Perkara pertama yang mampu mengawal ekonomi negara adalah barisan kabinet yang mampu mengawal sebarang perubahan cukai dan bonus. Mengapa saya letakkan ini sebagai yang paling utama? ya, kerana dengan adanya pemain yang aktif dan pihatin dengan hala tuju dunia Anno Malaysia ini, kita semua bertanggungjawab untuk memilih barisan gabenor dan presiden yang lebih baik dan aktif. Ya, yang aktif. bukan yang baru daftar dan kemudian beria-ia mahu jadi presiden dan kemudiannya fuhhhh...hilang dibawa angin. aish...masuk tajuk lain pulak. ok, kembali kepada matlamat asal. Jadi, yang penting, tawarkan diri anda untuk bertanding, dan berikan pandangan untuk setiap perancangan anda supaya semua rakyat jelas dan mendapat manfaat dari barisan kabinet yang ada.

kedua : Duit kerajaan adalah dijana melalui cukai dan pertukaran matawang. Dengan nilai cukai semasa, kerajaan hanya mampu memungut sedikit pendapatan dan barisen kabinet seterusnya perlu memikirkan langkah yang bersesuaian untuk menetapkan tahap cukai yang lebih menguntungkan kerajaan. tapi, dalam masa yang sama, tidak menyempitkan kehidupan rakyat.

ya, sebut berkenaan cukai, anda mungkin mengeluh dengan setiap pendapatan anda yang dikenakan cukai. tapi, sedarkah kita bahwa setiap nilai yang anda berikan itu sebenarnya terlalu sedikit berbanding wang yang anda claim setiap hari. Jadi, yang pertama, jangan mengeluh. yang kedua, perbanyakkan perbelanjaan dan kerja anda setiap hari.

anda pernah dengar tentang inflasi? ya, inflasi! di dunia nyata, kita mengeluh kerana wang dalam negara tidak berputar. di dunia anno juga adalah sama. Anda rancang perbelanjaan anda, dan gunakan sebahagian untuk pembelian. Dengan pembelian anda itu, kebanyakan syarikat akan mampu untuk menjana wang bagi kemudahan kerja dan pengeluaran produk. yang mana, hasilnya, akan diterima semula oleh anda. Jadi, teruskan aktif dengan berkeja dan berbelanja.

ketiga : Seperti yang saya sebutkan dalam artikel sebelum ini, bat tawar menawar sebelum membeli sesuatu. Tak salah untuk mencuba mendapat harga murah bagi sesuatu barangan. atau barangkali, anda juga boleh tawar menawar untuk mendapatkan gaji lebih tinggi. Sebenarnya, kebanyakan kampeni memang berusaha untuk mendapatkan pekerja. lebih-lebih lagi pekerja yang mempunyai produktiviti tinggi. Ini kerana, produk yang akan dikeluarkan lebih banyak dan menguntungkan kampeni. Jadi, sebelum bekerja, cuba message mana2 kampeni untuk meminta gaji yang lebih baik. untung-untung, kampeni bersetuju dan anda akan menerima gaji lebih tinggi. kerajaan pula mendapat wang melalui nilai cukai yang lebih tinggi, kampeni juga mendapat produk yang lebih banyak. dan semua mendapat manfaat. cuma, harus diingat, kampeni perlu merancang perbelanjaan supaya kos tidak meningkat terlalu tinggi. ok?

keempat : seperti juga dalam artikel sebelum ini, saya pernah menyebut tentang keperluan lebih ramai player aktif. Bagaimana mahu jadi lebih aktif? ya, ia memerlukan sedikit modal. Jadi, cuba tanyakan kepada pemain2 lain untuk memindahkan sedikit myr anno kepada anda. dengan lebih wang, anda akan lebih mudah merancang untuk kekal aktif dalam permainan ini. seperti yang saya sebutkan, lebih banya wang bermaksud lebih banyak yang anda boleh belanjakan dan dengan cukai bagi setiap transaksi, negara akan mendapat keuntungan dan anda boleh menikmati bonus tanpa perlu risau dengan kekurangan dana kerajaan.

[oh, rate semasa yang dipersetujui adalah rm1 [real] bersamaan myr50. tapi, memandangkan nilai myr telah meningkat, saya cadangkan anda untuk membuat tawar-menawar sekali lagi untuk nilai myr yang lebih baik]

kelima : Setiap pemain anno adalah orang yang bijak. Jadi, gunakan kebijakan anda untuk sama-sama memberi pandangan untuk bagaimana meningkatkan ekonomi anno Malaysia. Platform telah disediakan oleh chibobski, jadi, gunakan ia sebaik mungkin untuk membuat perbincangan. ia untk manfaat semua dan diri anda juga. Rakyat yang baik adalah rakyat yang menyumbang kepada negara.

Berkerja akan meningkatkan simpanan negara.

Ok.
Once kita dah mula main game nih di harap anda semua bekerja lah.
sebab kerja tuh nanti akan bagi tax kat negara dan sekali gus menambah simpanan negara.
Tahu atau tidak kalau tak bekerja ekonomi tak dapat dijana dgn baik pasal
bila kita fight atau click bonus
pun kita tak dapat pasal tak ader duit dalam simpanan negara.

kalau paham biar jelah yeark tapi kalau tak paham sila komen.haha

sekarang nih bila fight dah tak dapat MYR pun hadoi.
dah tuh sape ajer yg nak keje.haha.

Harga Makanan makin Murah

Hahaha.
Bagus plak rasanyer bila harga makanan ader yang lebih murah macam nih:

Laksa Padang Kota
Seller Laksa House Inc
Wellness Bonus : +1.00 puncte
Value Added: +71 %
2.10 MYR / Pcs

dan yg masih MYR 2.50:

Burger Ayam
Seller MekDonaq|5starfooddijual
Wellness Bonus : +1.00 puncte
Value Added: +53 %
2.50 MYR / Pcs

Location: MALAYSIA ( Kuala Lumpur )

Tuesday, March 15, 2011

Jangan Travel dahulu.

Kalau boleh jangan travel dahulu, kerana anda akan kehilangan banyak Wellness.
Nasihat ini hanyalah kepada orang yang baru bermain.
(sebab kita jalan kaki bukan guna kenderaan)
dan macam saya yg malang nih tanpa pengetahuan aper2.
macam tuh ajer hilang wellness.
Mana ader tutorial hadoiiiiiii.

Sebab yg paling utama saya berkata begini adalah kerana
Bonus yg akan kita dapat makin sikit bila wellness kita sikit.

so anda yg masih mempunyai wellness 40% ke atas gunakanlah sebaik-baiknya yeah.

lagi satu bila masih ada 50% wellness dapatkan bonus profile dahulu sebab anda akan dapat separuh daripada profile bonus yg dijanjikan.

Monday, March 14, 2011

Kuasa 1 Euro

Ok.
1 Euro ini amat berkuasa. pasal dia boleh mempercepatkan kerja kita macam bila kita amik job kita memerlukan 8 jam untuk buat perkara lain macam fight.

so dgn 0.10 Euro kita boleh Finishkan terus job kita tuh untuk fight atau berpindah ke negeri lain.

1 Euro jugak berkuasa untuk menaikkan dan menurunkan harga jualan atau belian Euro bagi setiap Gold.

kalaupun masih berada di random negeri kiranya jgn travel lagi pasal Wellness boleh jatuh mendadak dari 50% Ke 10% kalau berjalan kakilah.

tak paham tanya saya ok.

Beli makanan

ok. pasal makanan ini untuk seminggu tak perlu beli lagi.
pasal Wellness kita masih banyak.

kalau nak beli makanan pastikan kita pergi ke region yg sama dgn matawang kita iaitu MYR.

paling rendah setakat ini harga makan MYR 2.50 dgn penambahan 1 Wellness.

pastikan kumpul duit dahulu untuk membeli 1 euro.

Profile Bonus

Kalau nak amik profile bonus mestilah
buat perkara2 ini dahulu:

- Pastikan anda tidak travel kemana2
- Tidak mengurangkan wellness yang banyak atleast 40% ke atas
- kena jawab 10 soalan
- masukkan 10 gambar anda sahaja.
- mesti approve by admin
- kalau nak masukkan gambar, gambar yg kita nak tunjuk kat orang mestilah di masukkan paling akhir.

Akhir sekali baru klik bonus.
bagi yang baru masuk perkara utama yg perlu dibuat adalah buat profile bonus dahulu supaya anda ader duit untuk membeli makanan.

Saturday, March 12, 2011

Mula Main

Ok. kita mula main dgn fight dulu.

jgn risau nak makan atau aper pun.

fight sampai anda dah tak dapat fight lagi.

bosan nak fight atau memang anda dah tak boleh menang.

Kemudian bukak bonus page dan click kat direct slave.

atleast anda dapat seramai mungkin sebelum anda click direct slave tuh.

macam aku pulak yg malangnye aku click direct slave dulu sebelum dapat banyak slave (hu..hu..).

Kita bermula..

Kita bermula dgn bismillah, haha gurau ajer.

ok kita mula dgn daftar ahli dan kalau tak ader link kat atas maka tak dapat lah anda semua dapat daftar.(rasanyerlah, haha)