Wednesday, March 16, 2011

The Daily : Malaysia Muflis? Jom tolong! (in Anno)

Petikan daripada:
Published by sorsurus at 16, Mar, 2011 in Book Store Inc magazine

Peranan setiap pemain anno adalah penting bagi memakmurkan ekonomi negara Malaysia. tapi, apa yang boleh anda buat?

Sekarang ni, heboh dengan amaran duit kerajaan yang semakin menyempit dan bonus yang terkawal. Kalau sebelum ni, setiap hari rakyat kita tidak merasa gusar kerana ada jaminan untuk menerima pendapatan melalui bonus. Tapi, hari ini, baru separuh bulan, kita sudah diberikan amaran tentang duit kerajaan yang menyusut. Oh, tidak!

Apa yang kita boleh buat adalah dengan mengkritik presiden semasa dan mengeluh dengan kekurangan yang ada. Tapi, sedarkan bahawa anda semua sebenarnya boleh membantu menstabilkan semula ekonomi negara. Tapi, cara yang akan saya bentangkan bukanlah tindakan sekelip mata tetapi rancangan jangka masa panjang. yang saya kira, jika di dunia sebenar, kita ada Rancangan Malaysia, di dunia Anno juga, saya mencadangkan kita mewujudkan plan yang serupa. saya cadangkan, kita berikan namanya Inisitif Malaysia. siapa sokong? hahaha...malunyer, takde orang angkat tangan.

Ok, teruskan kepada Inisiatif pertama.

kesatu : Perkara pertama yang mampu mengawal ekonomi negara adalah barisan kabinet yang mampu mengawal sebarang perubahan cukai dan bonus. Mengapa saya letakkan ini sebagai yang paling utama? ya, kerana dengan adanya pemain yang aktif dan pihatin dengan hala tuju dunia Anno Malaysia ini, kita semua bertanggungjawab untuk memilih barisan gabenor dan presiden yang lebih baik dan aktif. Ya, yang aktif. bukan yang baru daftar dan kemudian beria-ia mahu jadi presiden dan kemudiannya fuhhhh...hilang dibawa angin. aish...masuk tajuk lain pulak. ok, kembali kepada matlamat asal. Jadi, yang penting, tawarkan diri anda untuk bertanding, dan berikan pandangan untuk setiap perancangan anda supaya semua rakyat jelas dan mendapat manfaat dari barisan kabinet yang ada.

kedua : Duit kerajaan adalah dijana melalui cukai dan pertukaran matawang. Dengan nilai cukai semasa, kerajaan hanya mampu memungut sedikit pendapatan dan barisen kabinet seterusnya perlu memikirkan langkah yang bersesuaian untuk menetapkan tahap cukai yang lebih menguntungkan kerajaan. tapi, dalam masa yang sama, tidak menyempitkan kehidupan rakyat.

ya, sebut berkenaan cukai, anda mungkin mengeluh dengan setiap pendapatan anda yang dikenakan cukai. tapi, sedarkah kita bahwa setiap nilai yang anda berikan itu sebenarnya terlalu sedikit berbanding wang yang anda claim setiap hari. Jadi, yang pertama, jangan mengeluh. yang kedua, perbanyakkan perbelanjaan dan kerja anda setiap hari.

anda pernah dengar tentang inflasi? ya, inflasi! di dunia nyata, kita mengeluh kerana wang dalam negara tidak berputar. di dunia anno juga adalah sama. Anda rancang perbelanjaan anda, dan gunakan sebahagian untuk pembelian. Dengan pembelian anda itu, kebanyakan syarikat akan mampu untuk menjana wang bagi kemudahan kerja dan pengeluaran produk. yang mana, hasilnya, akan diterima semula oleh anda. Jadi, teruskan aktif dengan berkeja dan berbelanja.

ketiga : Seperti yang saya sebutkan dalam artikel sebelum ini, bat tawar menawar sebelum membeli sesuatu. Tak salah untuk mencuba mendapat harga murah bagi sesuatu barangan. atau barangkali, anda juga boleh tawar menawar untuk mendapatkan gaji lebih tinggi. Sebenarnya, kebanyakan kampeni memang berusaha untuk mendapatkan pekerja. lebih-lebih lagi pekerja yang mempunyai produktiviti tinggi. Ini kerana, produk yang akan dikeluarkan lebih banyak dan menguntungkan kampeni. Jadi, sebelum bekerja, cuba message mana2 kampeni untuk meminta gaji yang lebih baik. untung-untung, kampeni bersetuju dan anda akan menerima gaji lebih tinggi. kerajaan pula mendapat wang melalui nilai cukai yang lebih tinggi, kampeni juga mendapat produk yang lebih banyak. dan semua mendapat manfaat. cuma, harus diingat, kampeni perlu merancang perbelanjaan supaya kos tidak meningkat terlalu tinggi. ok?

keempat : seperti juga dalam artikel sebelum ini, saya pernah menyebut tentang keperluan lebih ramai player aktif. Bagaimana mahu jadi lebih aktif? ya, ia memerlukan sedikit modal. Jadi, cuba tanyakan kepada pemain2 lain untuk memindahkan sedikit myr anno kepada anda. dengan lebih wang, anda akan lebih mudah merancang untuk kekal aktif dalam permainan ini. seperti yang saya sebutkan, lebih banya wang bermaksud lebih banyak yang anda boleh belanjakan dan dengan cukai bagi setiap transaksi, negara akan mendapat keuntungan dan anda boleh menikmati bonus tanpa perlu risau dengan kekurangan dana kerajaan.

[oh, rate semasa yang dipersetujui adalah rm1 [real] bersamaan myr50. tapi, memandangkan nilai myr telah meningkat, saya cadangkan anda untuk membuat tawar-menawar sekali lagi untuk nilai myr yang lebih baik]

kelima : Setiap pemain anno adalah orang yang bijak. Jadi, gunakan kebijakan anda untuk sama-sama memberi pandangan untuk bagaimana meningkatkan ekonomi anno Malaysia. Platform telah disediakan oleh chibobski, jadi, gunakan ia sebaik mungkin untuk membuat perbincangan. ia untk manfaat semua dan diri anda juga. Rakyat yang baik adalah rakyat yang menyumbang kepada negara.

No comments:

Post a Comment