Kepada pemain-pemain baru, mungkin anda pelik, kenapa perlu dikhususkan kepada 3 negeri ini? Apa yang best sangat dengan Johor Bahru, Kuala Terengganu dan George Town. Andai anda mempunyai pemikiran sedemikian, ketahuilah sebenarnya anda baru sahaja terlepas hari-hari paling mencabar [setakat ini] di negara Malaysia anno ini.
Fuh! ayat macam gempak aje.
Ok, kita fokuskan pada artikel ni. Ramai yang sedia maklum, 3 negeri ni dah kembali semula ke pangkuan kita. Tapi, satu soalan yang perlu ditanyakan kepada diri anda sendiri, Selepas ini apa?
Jadi, sebagai membantu untuk membangunkan semula tanah air, artikel ini akan menerangkan apakah yang boleh kita semua sama-sama lakukan untuk memajukan ekonomi Malaysia dan seterusnya memajukan diri sendiri.
Yang pertama, saya fokuskan dahulu kepada para syarikat tempatan. Saya tahu, ramai di antara kita yang pernah mempunyai cawangan di 3 bandar ini. Maka, sudah sampai masanya untuk cawangan-cawangan ini diaktifkan semula dengan peluang kerja. Melalui peluang kerja yang ditawarkan, pemain-pemain baru dan juga pemain lama boleh memilih untuk berada di 3 bandar yang baru ini untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Persaingan yang terlalu ketat di Kuala Lumpur sudah boleh dilonggarkan setelah kembalinya ketiga-tiga negeri ini. Maka, kepada semua kampeni yang mempunyai cawangan di bandar ini, aktifkan semula cawangan anda untuk kemajuan kita bersama. Beri peluang kerja yang lebih baik dengan raw material yang semakin banyak. ayuh!
aish...belum habis lagi artikel ni. kita pergi ke point kedua pula.
Yang kedua, khusus untuk rakyat jelata. Mungkin anda sudah berasa selesa berada di Kuala Lumpur. Tapi, dengan sedikit bantuan dan kebijaksanaan anda, anda boleh mendapat lebih peluang kerja dan gaji sekiranya anda berada di tiga negeri ini. Sebelum pulang semula ke negeri2 ini, cuba berbincang dengan kampei yang mempunyai cawangan di negeri Johor, Penang dan Terengganu ini untuk membuk peluang kerja di sana. Apa kelebihannya? Kelebihannya, anda mudah untuk mendapatkan kerja dan dalam masa yang sama, anda membantu memajukan negeri itu. Lebih ramai pemain berada di tiga negeri ini, lebih banyak syarikat yang boleh dibuka. Hasilnya, negara terus maju.
Barangkali, anda berfikir bahawa, alah, jauh2 jalan, pastu takde banyak bende dekat sana. Camne nak maju? Ya! pemikiran sebegini lah yang sebenarnya telah menyebabkan Kuala Lumpur menjadi terlalu padat dan menyukarkan pembangunan di kawasan lain. Dengan kata lain, pemain-pemain hanya bertumpu di satu tempat dan menyebabkan kampeni lebih selesa memberi tawarn gaji yang rendah kerana, ala, orang ramai. bagi gaji rendah pun, mesti dierang ambik jugak.
Jadi, lebarkan kawasan kita. dan kita akan menikmati negara dan kemajuan yang lebih subur.
Seterusnya, point yang ketiga.
Setelah kita mendapat semula 3 negeri ini, tidak mustahil, suatu hari nanti, ia akan diserang kembali. kerana apa? Saya katakan begini kerana telah terdapat rakyat rom yang telah membka cawangan dan kampeni di negeri ini. maka, sudah pasti, mereka akan cuba merampas semula untuk mengambil kembali syarikat dan cawangan yang telah dibina.
Maka, apa tanggungjawab kita? Sekarang ini,yang penting adalah kita memajukan ekonomi dan diri kita. Lengkapka diri kita dengan kemewahan yang mencukupi. Lengkapkan diri kita dengan peralatan perang [weapon dan armour] yang mencukupi. Lengkapkan pengetahuan kita tentang semua perkara tentang anno. Lebih-lebih lagi taktik peperangan. dan kita akan bersedia untuk mempertahankan tanah air kita!
ya! begitu bersemangat sekali. terima kasih! |
No comments:
Post a Comment