Thursday, March 17, 2011

The Daily : Bank Negara Malaysia (in Anno)

Petikan Daripada:
Published by sorsurus at 11, Mar, 2011 in Book Store Inc magazine

Bagaimana anda boleh menjadikan bank sebagai satu kemudahan untuk semua.

Sedarkah anda bahawa Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan di negara ini? Ya! sebuah bank telah diwujudkan di Malaysia dengan nama Anno Bank Negara Malaysia. Bank ini merupakan yang pertama di dalam negara kita dan dimiliki sepenuhnya oleh Abduljul.

pemiliknya tidak penting sebenarnya tapi yang lebih penting adalah apakah yang boleh dinikmati oleh sekalian rakyat melalui pengwujudan bank ini. Jom kita nilaikan bersama.

Sebelum itu, soalan pertama untuk anda. Anda sudah buka akaun di Anno Bank Negara Malaysia ini? Sudah? Bagus! Belum? Cepat daftarkan akaun anda dengan semudah A B C. Begini caranya,

pergi dekat search dan taipkan bank negara

nanti akan keluar carian dekat situ, klik pada kampeni, klik pada nama anno bank negara malaysia kemudian dah buka page pasal bank tu, klik open current account myr

dah siap! anda sudah ada akaun.

untuk check status akaun anda, klik pada financial report & accountant at atas tu. klik pada financial asset. pastu klik pada accounts

taraaaaa! dah ada akaun bank kita di situ. boleh deposit, boleh withdraw, boleh transfer

Okeh, artikel ni bukan nak fokus pasal cara membuka akaun tetapi nak menerangkan apakah kelebihan utama mempunyai bank dalam sesebuah negara.

Yang pertama, pastilah kita boleh menyimpan wang dan menambah nilai wang itu melalui interest daily. Tapi, dengan hanya bergantung kepada interest sahaja, sudah pasti ia tidak akan mencukupi. Nilai yang bertambah adalah sedikit berbanding tempoh masa yang diberikan untuk deposit tersebut matang. Walaubagaimanapun, ia tetap merupakan satu kelebihan kepada rakyat untuk menambah nilai wang myr.gold mereka.

Yang Kedua, wang di dalam bank kita juga boleh dipindahkan kepada rakyat yang lain melalui kaedah money transfer melalui bank Anno Negara Malaysia. Caranya, kedua2 pihak perlu mempunyai akaun bank dan A boleh memindahkan sejumlah wang kepada B melalui bank ini.

Jadi, apa yang penting sangatnya boleh pindahkan wang ni?

Hoho. anda pemain baru? atau anda pemain yang hanya ada 10% wellness? anda pemain yang hanya dapat gaji rm1 setiap hari? anda cuma ada seorang dua slave? anda seorang yang bergantung pendapatan semata mata melalui bonus? atau anda seorang pemain yang merasakan untuk topap 10euro adalah sangat mahal dan membebankan?

Jika anda tergolong di dalam kumpulan itu, bank merupakan kemudahan yang boleh membantu anda. Saya beri contoh begini, [rate sebenar perlu diambil kira]

jika A mempunyai sejumlah wang di bank Anno, anda cuma maklumkan kepada dia bahawa anda memerlukan sedikit wang.

Dengan kadar semasa [dunia sebenar] 1euro bersamaan rm4, di dalam permainan anno, 1euro bersamaan rm270.

maka, anda berikan rm4 ringgit sebenar kepada A, dan A akan memindahkan 270myr [anno] ke dalam akaun bank anno anda.

dengan rm4 [real], anda sudah mempunyai sangat banyak wang di dunia anno. dengan wang tersebut, anda boleh keluarkan dan berbelanja bagi meningkatkan wellness anda.

Kenapa wellness? sebab wellness adalah penentuan kepada sebarang perkara di dalam dunia anno ini. wang boleh dijana lbih banyak melalui wellness yang tinggi.

Oh, Ini hanya cadangan bagi memudahkan pemain2 mendapat wang yang lebih di dalam dunia anno. Lagipun, selama ini kita terfikir bahawa untuk menggunakan alertpay, credit card, prepaid adalah begitu sukar. Jadi dengan pemindahan wang melalui bank anno, kita semua boleh menjalani kehidupan yang lebih mudah di dalam permainan ini.

Fikirkan, jika sebelum ini minimum topap adalah 10euro bersamaan rm40 [dunia real], kita, untuk aktif di dalam anno, anda cuma perlukan rm4 sahaja. mudah kan?

artikel ini tidak ditaja oleh sesiapa hatta oleh Bank Negara Malaysia. Ia pandangan penulis semata-mata.

Oh, yang terakhir, artikel ini dibuka untuk dibahaskan dan rajin-rajinkan lah vote artikel ini untuk meningkatkan valuenya.

harga pun dah turun jadi rm0.40. ok lah tu kan?

No comments:

Post a Comment